Malaysia Ministry Of Health : LCP CERTIFIED CLINIC

Elle Skin & Allergy Clinic
Home
Services
  • Dermatology
  • Aesthetic
Contact Us
About Us
Elle Skin & Allergy Clinic
Home
Services
  • Dermatology
  • Aesthetic
Contact Us
About Us
More
  • Home
  • Services
    • Dermatology
    • Aesthetic
  • Contact Us
  • About Us
  • Home
  • Services
    • Dermatology
    • Aesthetic
  • Contact Us
  • About Us

Klinik Kulit Melaka – Elle Clinic

Doktor Kulit Berpengalaman

Elle Clinic ialah Klinik Kulit Melaka yang dipercayai, dikendalikan oleh doktor perubatan bertauliah dalam Dermatology dan Perubatan Aesthetic (LCP Certified). Kami memberi fokus kepada rawatan masalah kulit seperti ekzema, jerawat, pigmentasi, jangkitan kulit, dan masalah kulit kronik yang lain. Misi kami adalah untuk menyediakan rawatan kulit yang selamat, berkesan dan 'evidence-based' kepada komuniti Melaka dan sekitarnya.


Kami menggabungkan kepakaran perubatan dengan pendekatan mesra pesakit untuk memastikan setiap individu menerima rawatan yang disesuaikan mengikut keperluan kulit mereka.

Perkhidmatan Kami

Sebagai Klinik kulit Melaka yang pakar dalam dermatologi perubatan dan estetik, Elle Clinic menawarkan pelbagai rawatan yang disesuaikan mengikut keperluan kulit setiap individu. Kami percaya bahawa setiap masalah kulit memerlukan pendekatan yang unik, berdasarkan diagnosis yang tepat dan rawatan yang berasaskan sains.

Dermatologi

Rawatan Ekzema & Dermatitis

Rawatan Alahan Kulit (Skin Allergy Treatment)

Rawatan Alahan Kulit (Skin Allergy Treatment)

Di Elle Clinic, kami dikenali sebagai salah satu Klinik Kulit Melaka yang dipercayai untuk rawatan ekzema. Kami telah membantu ratusan pesakit eczema di Melaka dan kawasan sekitarnya mendapatkan kelegaan daripada masalah kulit mereka — dan ini terbukti melalui ratusan ulasan 5 bintang di Google daripada pesakit sebenar yang berpuas hati dengan hasil rawatan kami.


Pasukan kami memahami bahawa setiap kes ekzema adalah unik. Oleh itu, kami merancang rawatan yang disesuaikan untuk setiap pesakit — dari bayi hingga dewasa.


Kepercayaan pesakit adalah keutamaan kami, dan ratusan testimoni positif membuktikan komitmen kami dalam memberikan rawatan yang selamat, berkesan dan beretika. 

Rawatan Alahan Kulit (Skin Allergy Treatment)

Rawatan Alahan Kulit (Skin Allergy Treatment)

Rawatan Alahan Kulit (Skin Allergy Treatment)

Kami turut merawat pelbagai jenis alahan kulit seperti:


  • Urtikaria (gegata/ruam alergi)
  • Alahan sentuhan (contact dermatitis)
  • Ruam akibat makanan, ubat atau bahan kimia

Rawatan bermula dengan penilaian sejarah alahan, pemeriksaan kulit, dan sekiranya perlu, ujian alahan (allergy IgE test, patch test atau elimination method). Kami memberikan rawatan dengan ubat antihistamin, krim steroid/topikal yang sesuai dan panduan gaya hidup untuk mengelakkan pencetus (triggers). Kami juga menawarkan rawatan immunotherapy (allergy vaccine) kepada pesakit supaya dapat menguruskan alahan dengan lebih baik dalam jangka masa panjang.


Rawatan Jangkitan Kulit (Skin Infections)

Rawatan Alahan Kulit (Skin Allergy Treatment)

Rawatan Penyakit Kulit Autoimun (Autoimmune Skin Diseases)

Kami juga merawat pelbagai jenis jangkitan kulit seperti:


  • Kurap, panau, kutu air (jangkitan kulat)
  • Bisul, impetigo, selulitis (jangkitan bakteria)
  • Ketuat, molluscum contagiosum, herpes (jangkitan virus)

Rawatan Penyakit Kulit Autoimun (Autoimmune Skin Diseases)

Rawatan Penyakit Kulit Autoimun (Autoimmune Skin Diseases)

Rawatan Penyakit Kulit Autoimun (Autoimmune Skin Diseases)

Penyakit autoimun kulit seperti psoriasis, lupus (SLE) dan lichen planus memerlukan rawatan yang berterusan dan berasaskan pemantauan klinikal. Kami menyediakan pelan rawatan menyeluruh yang merangkumi:

  • Ubat kawalan imun (topikal atau oral)
  • Pemantauan gejala dan flare-up
  • Rawatan gabungan untuk mengawal keradangan dan simptom kulit
  • Sokongan psikologi dan pendidikan pesakit

Kami membantu pesakit menguruskan penyakit ini dengan lebih yakin dan selesa dalam jangka panjang.

Pembedahan Kecil

Rawatan Penyakit Kulit Autoimun (Autoimmune Skin Diseases)

Rawatan Kuku (Penyakit & Prosedur Kuku)

Mempunyai doktor-doktor yang terlatih dalam bidang pembedahan dan pembedahan plastik and rekonstruktif, Elle Clinic juga menawarkan perkhidmatan pembuangan ketuat, tahi lalat, skin tag dan milia menggunakan electrocautery atau laser yang dijalankan oleh profesional terlatih.

Rawatan Kuku (Penyakit & Prosedur Kuku)

Rawatan Penyakit Kulit Autoimun (Autoimmune Skin Diseases)

Rawatan Kuku (Penyakit & Prosedur Kuku)

Di Elle Clinic, kami juga menyediakan rawatan khusus untuk masalah kuku yang sering diabaikan tetapi boleh memberi kesan besar kepada kesihatan dan keyakinan diri. 


1. Pembedahan Kuku (Minor Nail Surgery)

Kami menjalankan prosedur pembedahan kecil untuk masalah seperti:

  • Kuku cengkam (ingrown toenail): Pembuangan sebahagian atau keseluruhan kuku untuk melegakan kesakitan dan mencegah jangkitan berulang.
  • Granuloma pyogenic: Lesi berdarah pada kuku yang boleh dibuang secara bersih.
  • Pembuangan kuku abnormal akibat trauma, jangkitan kulat kronik, atau psoriasis kuku.


2. Suntikan Steroid Intralesional (IL Steroid Injection)

Untuk penyakit kuku yang berkaitan dengan keradangan seperti:

  • Psoriasis kuku
  • Lichen planus kuku
  • Alopecia areata pada kuku

Hubungi Kami

Rawatan Estetik (Aesthetic Treatment)

Rawatan Jerawat & Parut Jerawat

Menggunakan gabungan ubat oral/topikal, rawatan laser Pico, PRP microneedling dan Subsicion, kami bantu mengawal jerawat aktif dan mengurangkan parut untuk hasil kulit yang bersih dan licin.

Rawatan Pigmentasi & Melasma

Kami menangani masalah pigmentasi dengan pendekatan selamat dan berkesan seperti laser Pico, Injection Stem Sel, krim perubatan dan rutin penjagaan kulit.

Rawatan Keguguran Rambut & Perawatan Kulit Kepala

Rawatan Keguguran Rambut & Perawatan Kulit Kepala

Rawatan Keguguran Rambut & Perawatan Kulit Kepala

Elle Clinic turut menyediakan rawatan khas untuk masalah keguguran rambut dan penyakit kulit kepala, yang sering memberi kesan besar terhadap keyakinan diri. Kami merawat pelbagai jenis masalah rambut dengan pendekatan perubatan yang terbukti secara klinikal.


Setiap rawatan rambut di Elle Clinic dimulakan dengan konsultasi bersama doktor, termasuk penilaian sejarah perubatan, faktor pencetus, ujian darah (jika perlu) dan pelan rawatan peribadi. Kami menggabungkan teknologi moden dan rawatan berasaskan bukti untuk membantu anda mencapai rambut yang lebih sihat, tebal dan kuat secara berperingkat.


Contoh rawatan untuk rambut and kulit kepala adalah: 

  • Suplemen rambut yang sesuai
  • Rawatan PRP (Platelet-Rich Plasma) untuk mempercepatkan fasa pertumbuhan rambut
  • Suntikan Triamcinolone Intralesional
  • Krim topikal steroid/immune modulator
  • Rawatan Cytokine (Cytokine Scalp Therapy) – menggunakan protein bioaktif untuk merangsang aktiviti sel folikel rambut
  • Ubat oral/topikal seperti minoxidil atau finasteride (bergantung kepada jantina dan penilaian perubatan)

Rawatan Suntikan (Injectables)

Rawatan Keguguran Rambut & Perawatan Kulit Kepala

Rawatan Keguguran Rambut & Perawatan Kulit Kepala

Elle Clinic menawarkan rawatan suntikan estetik oleh doktor bertauliah untuk memperbaiki penampilan kulit secara selamat dan semula jadi.


  • Skin Booster Menyuntik kelembapan dan mencerahkan kulit kusam, mengecilkan pori dan memperbaiki tekstur kulit.
  • Profhilo Bioremodeling terkini untuk menegangkan kulit kendur dan merangsang kolagen.
  • Botox – Mengurangkan garis halus, senyuman gusi dan mengecilkan rahang untuk wajah lebih segar.
  • PRP (Platelet-Rich Plasma) – Rawatan semula jadi dari darah sendiri untuk peremajaan kulit dan parut jerawat.


Semua rawatan dilakukan menggunakan teknik selamat, produk berdaftar KKM dan pemantauan doktor LCP. Elle Clinic komited memberikan hasil yang semula jadi dan memuaskan, menjadikannya pilihan utama untuk rawatan injectables di Klinik Kulit Melaka.

Hubungi Kami

Kemudahan Kami (Our Facility)

ELLE CLINIC

Elle Clinic terletak di bangunan dua tingkat yang selesa dan moden, lengkap dengan:


  • Bilik rawatan dermatologi & estetik berasingan
  • Peralatan laser & teknologi kulit terkini
  • Persekitaran yang bersih, privasi terjamin
  • Ruang menunggu selesa & sistem temujanji efisien

Kami memastikan pengalaman rawatan anda di klinik kulit Melaka ini adalah selesa, profesional dan selamat.

Lokasi Kami (Our Location)

Jom tempah slot temujanji dengan doktor kami!

Lawati kami hari ini dan mulakan perjalanan anda ke arah kulit yang sihat.

Hubungi Kami di WhatsApp

Elle Clinic | Skin, Eczema &Allergy

Elle Clinic, Jalan Inang 2, Taman Paya Rumput, Utama, Malacca, Malaysia

📞 +601165253155 Emel: elleclinicmelaka@gmail.com

Jadual Operasi Klinik

Open today

09:00 am – 06:00 pm

Emel Kami!

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

Cancel
  • Klinik Kulit Melaka

Elle Skin & Allergy Clinic

Elle Clinic, Jalan Inang 2, Taman Paya Rumput, Utama, Malacca, Malaysia

+601165253155

Copyright © 2025 Elle Skin & Allergy Clinic - All Rights Reserved.

Powered by

This website uses cookies.

We use cookies to analyze website traffic and optimize your website experience. By accepting our use of cookies, your data will be aggregated with all other user data.

Accept